Laporan Lawatan ke Rumah Anak Yatim Al-Khairiyah, Klang
Pada 19 April yang lalu, kami ahli Kumpulan Pucuk Rebung telah mengadakan lagi sekali lawatan ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Al-Khairiyah, Klang. Seramai 12 orang telah menghadiri lawatan ini iaitu Zafree, Hisham, Izharuddin, Hafiz, Amirul, Zahia, Mira Bazil, Intan, Athirah. Fiza, Ateeka dan Nadira.
Kami telah berkumpul di stesen KTM Shah Alam pada jam 12 tengah hari. Dari situ kami berpecah kepada dua kumpulan dan menaiki dua buah kereta untuk ke rumah tersebut. Kami sampai di rumah anak yatim tersebut pada jam 1 tengah hari. Oleh sebab kami sampai terlalu awal jadi kami makan tengah hari dahulu di gerai berdekatan dan selepas itu kami solat zohor.
Pada jam 2 tengah hari, kami mula bermesra dengan kanak-kanak yang ada di situ. Kami juga amat terharu kerana mereka masih ingat setiap nama ahli kami dan mereka cuba untuk ingat nama ahli kami yang baru pertama kali sampai di rumah tersebut. Pelajar lelaki telah bermain ps2 manakala pelajar perempuan duduk di asrama perempuan dan berborak. Tepat jam 3 petang Dr. Asri telah sampai bersama isterinye dan seorang ahli sekretariat ANSARA Jasin, Encik Fhirdaus. Kami telah membawa Dr. Asri dan En. Fhirdaus melawat sekitar rumah tersebut. Kami juga telah diberitahu agar menyediakan satu kertas kerja yang lengkap untuk di bentangkan pada
Pada jam 4.30 petang Dr. Asri mula bertolak untuk pulang. Separuh ahli kami telah pergi menunaikan solat asar manakala separuh lagi telah mengambil gambar di sekitar rumah tersebut untuk dimasukkan ke dalam kertas kerja kami yang akan datang. Kami pulang pada hari itu dengan kata sepakat bahawa kami tidak mahu hanya mengadakan janji-janji kosong sebaliknya kami mahu menunaikannya setakat yang kami mampu.
Di sediakan oleh :
Nadira binti Mohamad Zuhri
No comments:
Post a Comment