Laporan Lawatan ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Al-Khairiyah, Klang
Pada 28 April 2008, 5 orang dari ahli kami telah mengadakan lawatan sekali lagi. Ahli kami yang pergi ialah Intan Syafinaz, Mira Bazil, Muhammad Zafree, Muhammad Izharuddin dan Nadira. Kami telah bertolak dari stesen KTM Shah Alam pada jam 9 pagi.
Kami sampai pada pukul 10.30 dan terus dijemput oleh bapak, pengetua rumah tersebut untuk ke pejabatnya.
Bapak telah menceritakan tentang suasana di rumah anak yatim tersebut. Beliau juga ada menceritakan tentang sikap anak-anak yang tinggal di situ. Mereka sangat memerlukan penekanan rohani dan disiplin. Hal ini akan menjamin masa depan anak-anak tersebut.
Pada jam 12 kami memulakan tugas kami dengan mengambil gambar-gambar berserta biodata anak-anak yatim yang ada di situ. Kami telah meminta mereka menulis nama penuh, umur, hobi dan juga cita-cita mereka. Butir-butir ini akan digunakan untuk program kami dengan pihak Asara Jasin iaitu ‘Sponsor A Child Program’ .
Pada jam 2.30, tugas kami telah selesai. Anak-anak yang ada di situ telah pergi ke sekolah agama. Oleh itu, kami berlima telah berbincang sedikit sebanyak tentang apa yang akan kami lakukan. Tepat jam 3.30, kami berangkat pulang dengan harapan agar semua yang kami usahakan akan dapat membantu anak-anak yatim yang tinggal di situ.
Disediakan Oleh :
Nadira Binti Mohamad Zuhri
No comments:
Post a Comment