Wednesday, February 6, 2008

report

LAPORAN TINJAUAN KE RUMAH ANAK YATIM
DAN MISKIN AL-KHAIRIYAH

Pada 3 haribulan Februari 2008, sekumpulan ahli Komuniti Bekas Pelajar MRSM Tun Ghafar Baba telah menbuat survey ke sebuah rumah anak yatim di Klang bagi mengetahui alatan mahupun keperluan yang boleh disumbangkan oleh pertubuhan kepada mereka. Ahli-ahli yang terlibat dalam misi peninjauan ini adalah Muhd. Zafree, Mohammad, Dhiyauddin Athir, Siti Nurliyana dan Athirah.

Rumah itu telah pun dibuka sejak tahun 1947 lagi. Menurut Yang di-Pertua rumah tersebut, Haji Tolos; rumah itu kini menjadi kediaman buat 47 orang anak-anak yatim dan miskin yang terdiri daripada mereka di dalam lingkungan umur 7 hingga 17 tahun. Mereka yang tinggal di sana meliputi kanak-kanak lelaki dan juga perempuan. Rumah ini terletak bersebelahan dengan Masjid al-Mukminun, Sungai Pinang dan sememangnya dikenali masyarakat setempat.

Rata-ratanya infrasktruktur bangunan itu sudah uzur, selari dengan usianya yang mencecah 60 tahun. Sebahagian besar longkang tidak diselanggara dengan baik manakala bumbungnya sudah retak dan ada juga yang pecah. Hasil pemerhatian skuad, rumah kebajikan persendirian ini terdiri daripada bangunan pejabat yang turut disatukan dgn perpustakaan, perkhidmatan dobi, bilik rehat yang dilengkapi televisyen, gelanggang badminton, dua dorm asrama penghuni lelaki dan asrama penghuni perempuan pula terdiri daripada bilik-bilik. Tempat ini turut mempunyai taman permainan serta surau mereka sendiri.

Rutin harian kanak-kanak di sini terbahagi kepada dua, pada hari sekolah dan juga pada hari tidak sekolah (cuti).
HARI SEKOLAH: Solat Subuh- Sarapan- Sekolah pagi- Makan tengah hari- Solat Zohor- Sekolah Agama- Solat Asar- Mengaji- Solat Maghrib-Solat Isyak- Makan malam- Tidur.
HARI CUTI: Bebas jika tiada program. Mereka yang ingin keluar membeli keperluan akan mendapat RM 20 sebagai wang saku daripada penyelia mereka.

Melalui perbualan kami dengan kanak-kanak disana, akademik mereka tidaklah sebaik yang diharapkan. Bagi mereka, mendapat 2A bagi UPSR sudah cukup memuaskan. Sememangnya, mereka perlu diberi perhatian yang lebih di dalam hal ehwal akademik meraka. Masalah ini sememangnya bukan hanya dipengaruhi suasana pembelajaran mereka di sekolah. Buku-buku rujukan yang mereka gunakan sudah ketinggalan daripada silibus yang telah diperbaharui. Beg sekolah serta alat tulis mereka juga telah uzur dan ada sebahagiannya yang sudah pun rosak.

Kesimpulannya, mereka di Rumah Anak Yatim dan Miskin al-Khairiyah memerlukan bantuan dan perhatian yang sewajarnya dalam mempertingkat tahap kehidupan dan juga pencapaian akademik mereka. YDP mereka turut menyatakan bahawa rumah kebajikan tersebut sering menghadapi masalah kewangan. Ahli skuad peninjau berharap agar alatan sukan outdoor dan indoor dapat dihulurkan kepada mereka. Selain itu, bantuan bagi memantapkan kualiti sahsiah dan jati diri kanak-kanak tersebut juga amat diharapkan.

Disediakan oleh,
DHIYAUDDIN ATHIR BIN NADZARI

No comments: