Sunday, December 16, 2007

Maklumat terperinci

Objektif:
Membantu anak-anak yatim yang memerlukan bantuan.
Memberi peluang kepada bekas pelajar MRSM Tun Ghafar Baba 2006/2007 untuk mengadakan aktiviti khidmat masyarakat sebelum keputusan SPM dikeluarkan.
Menjadi satu badan yang menguruskan sumbangan-sumbangan yang ingin diberikan kepada orang yang memerlukan secara sistematik.
Mengeratkan silaturrahim antara bekas pelajar MRSM Tun Ghafar Baba.

Sasaran Ahli:
Bekas pelajar MRSM Tun Ghafar Baba 2006/2007

Aktiviti :

Mengadakan perjumpaan pertama untuk menerangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
Melantik ahli jawatankuasa untuk memudahkan urusan kelab.
Mengagihkan tugas.
Mendapatkan sumbangan daripada orang ramai.
Membuat kertas kerja untuk mendapatkan sumbangan kewangan daripada syarikat bumiputera untuk kerja pembinaan di rumah anak yatim yang dipilih.
Mengutip yuran keahlian RM 5 untuk menampung perbelanjaan yang diperlukan sewaktu proses pengutipan sumbangan dan derma.
Menyusun sumbangan yang diterima.
Menentukan tarikh lawatan dan aktiviti yang akan diadakan di rumah anak yatim yang dipilih.
Mengadakan lawatan ke rumah anak yatim.

Senarai ahli jawatankuasa :

Presiden
Naib presiden
Setiausaha
Bendahari
Ketua Biro Kutipan Sumbangan
Ketua Biro Pengurusan Sumbangan
Ketua Biro Pengangkutan
Ketua Biro Perhubungan

Bidang tugas biro :

Biro Kutipan Sumbangan
Mengadakan kutipan.
Merancang aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan untuk mendapatkan sumbangan dan derma.

Biro Pengurusan Sumbangan
Menyusun dan mengatur hasil kutipan sumbangan dan derma.
Menguruskan tempat penyimpanan sumbangan yang diterima.

Biro Pengangkutan
Mendapatkan pengangkutan untuk membawa hasil sumbangan dan derma ke rumah anak yatim.

Biro Perhubungan
Menjadi penghubung kepada ahli kelab.
Menguruskan perihal berurusan dengan syarikat yang ingin memberikan sumbangan.

Helya

No comments: