Saturday, August 2, 2008

Anak Yatim Bantu Mangsa Kemalangan



KLANG- Seorang mangsa satu kemalangan langgar lari yang melibatkan sebuah kereta berjaya diselamatkan 5 penghuni rumah kebajikan yang berdekatan dengan tempat kejadian. "Sebaik kami sampai di pintu asrama, tiba-tiba terdengar bunyi hentaman yang kuat. Sejurus selepas itu, kelihatan seorang lelaki terbaring dihadapan sebuah kereta sebelum kereta itu melarikan diri."

Demikian cerita salah seorang penghuni Rumah Kebajikan dan Anak Miskin Khairiyah yang membantu menyelamatkan mangsa. Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 5.15 petang di persimpangan masuk ke Kampung Sungai Pinang ketika beliau dan rakan-rakannya dalam perjalanan pulang ke asrama mereka dengan berjalan kaki.

Beliau bersama 4 rakannya yang enggan nama mereka disiarkan, membawa mangsa ke asrama mereka dan diberi rawatan cemas.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Irfan Mohamad Idrus, 18, dikatakan sudah menyedarkan diri kira-kira sejam selepas itu sebelum dia dibawa ke hospital dan membuat laporan polis. Dalam pada itu, pengawai polis yang bertugas tidak menolak kemungkinan kemalangan itu disengajakan. Motif kejadian masih disiasat.

Kereta yang melanggar mangsa dikatakan adalah sebuah kereta Proton Gen-2 yang berwarna peach. Mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh memaklumkan kepada mana-mana ahli skuad Pucuk Rebung di talian, http://they-need-help.blogspot.com

No comments: