Monday, April 14, 2008

Laporan Lawatan Sambil Bermesra Bersama-sama penghuni Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Khairiyah

Pada 13 April 2007, seramai sepuluh orang bekas pelajar MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin Melaka merangkap ahli Kumpulan Pucuk Rebung telah mengadakan lawatan rasmi buat kali kedua ke Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Khairiyah. Ahli yang hadir adalah Dhiyauddin Athir, Badrul Hisham, Muhammad Irfan, Mohammad Amirul, Muhammad Zafree, Muhammad Izharuddin, Nor Ateeka, Zahia Afiqah, Athirah Nur dan Noor Fiza.

Sebahagian anggota Pucuk Rebung berkumpul di KTM Shah Alam manakala yang lain berkumpul di KTM Klang. Kami sampai ke destinasi tepat pukul 11.15 pagi. Lawatan rasmi kedua kami ke situ dialukan-alukan oleh Haji Tolos serta para penghuni al-Khairiyah. Mereka keriangan melihat kami dan ada juga di kalangan mereka yang masih mengingati ahli-ahli yang pernah terlibat dalam lawatan-lawatan sebelum ini.

Beberapa ahli kami telah membawa alatan permainan seperti besbol, pingpong, bola tennis, Play Station 2 dan Play Station Portable. Kanak-kanak sungguh asyik bermain permainan-permainan yang dibawa oleh ahli-ahli. Kami mengadakan perlawanan besbol bersama-sama kanak-kanak di situ. Ateeka dan Fiza telah mengadakan tinjaun ke asrama puteri. Tinjauan mendapati asrama ini tiada apa yang kurang kecuali mereka kekurangan rak buku dan meletakkan buku-buku pelajaran di atas almari baju dan juga di dalam laci almari. Sebaik masuk waktu Zohor, kami semua mengerjakan solat Zohor berjemaah di surau kediaman tersebut.

Selain itu, ahli jawatankuasa kumpulan yang hadir telah berbincang dengan Yang di-Pertua rumah tersebut, Haji Tolos berkenaan inisiatif-inisiatif yang dirancangkan oleh Kumpulan Pucuk Rebung. Haji Tolos atau lebih mesra dengan gelaran bapak, ternyata memberikan kepercayaan sepenuhnya bagi kumpulan Pucuk Rebung yang mewakili ANSARA Jasin untuk membantu rumah kebajikan tersebut.

Kami bertolak pulang tepat jam 3.30 petang dengan lambaian serta ucapan selamat tinggal daripada kanak-kanak di situ. Seterusnya, kami bergerak dalam 2 kumpulan dan berkumpul semula di KL Sentral bagi jamuan kecil sambil membincangkan hasil lawatan. Kesimpulannya, lawatan pada 13hb April merupakan suatu kejayaan. Tahniah kepada semua ahli yang terlibat kerana telah memainkan peranan masing-masing dengan amat baik dan mesra.


Disediakan oleh,

NOR ATEEKA MOHAMAD KHAMIS

1 comment:

Anonymous said...

Nice2!go go...wat acc bank...maner lar taw in future snang nak bank in duet..~