Wednesday, April 16, 2008

Pada 19 April 2008, kumpulan Pucuk Rebung akan mengadakan lawatan sekali lagi ke Rumah Anak Yatim Al-Khariyah bersama dengan pihak ANSARA Jasin. Butir- butirnya adalah seperti berikut:

Hari : Sabtu
Tarikh : 19 April 2008
Masa : 1.20p.m - 4.00p.m

Oleh itu, sila berkumpul di stesen KTM Klang pada selewat- lewatnye 12.20p.m
Kepada sesiapa yang berminat,sila hubungi Che Nad atau Zahia :

Che Nad : 013-3601847
Zahia : 012-3422947

Monday, April 14, 2008

Laporan Lawatan Sambil Bermesra Bersama-sama penghuni Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Khairiyah

Pada 13 April 2007, seramai sepuluh orang bekas pelajar MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin Melaka merangkap ahli Kumpulan Pucuk Rebung telah mengadakan lawatan rasmi buat kali kedua ke Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Khairiyah. Ahli yang hadir adalah Dhiyauddin Athir, Badrul Hisham, Muhammad Irfan, Mohammad Amirul, Muhammad Zafree, Muhammad Izharuddin, Nor Ateeka, Zahia Afiqah, Athirah Nur dan Noor Fiza.

Sebahagian anggota Pucuk Rebung berkumpul di KTM Shah Alam manakala yang lain berkumpul di KTM Klang. Kami sampai ke destinasi tepat pukul 11.15 pagi. Lawatan rasmi kedua kami ke situ dialukan-alukan oleh Haji Tolos serta para penghuni al-Khairiyah. Mereka keriangan melihat kami dan ada juga di kalangan mereka yang masih mengingati ahli-ahli yang pernah terlibat dalam lawatan-lawatan sebelum ini.

Beberapa ahli kami telah membawa alatan permainan seperti besbol, pingpong, bola tennis, Play Station 2 dan Play Station Portable. Kanak-kanak sungguh asyik bermain permainan-permainan yang dibawa oleh ahli-ahli. Kami mengadakan perlawanan besbol bersama-sama kanak-kanak di situ. Ateeka dan Fiza telah mengadakan tinjaun ke asrama puteri. Tinjauan mendapati asrama ini tiada apa yang kurang kecuali mereka kekurangan rak buku dan meletakkan buku-buku pelajaran di atas almari baju dan juga di dalam laci almari. Sebaik masuk waktu Zohor, kami semua mengerjakan solat Zohor berjemaah di surau kediaman tersebut.

Selain itu, ahli jawatankuasa kumpulan yang hadir telah berbincang dengan Yang di-Pertua rumah tersebut, Haji Tolos berkenaan inisiatif-inisiatif yang dirancangkan oleh Kumpulan Pucuk Rebung. Haji Tolos atau lebih mesra dengan gelaran bapak, ternyata memberikan kepercayaan sepenuhnya bagi kumpulan Pucuk Rebung yang mewakili ANSARA Jasin untuk membantu rumah kebajikan tersebut.

Kami bertolak pulang tepat jam 3.30 petang dengan lambaian serta ucapan selamat tinggal daripada kanak-kanak di situ. Seterusnya, kami bergerak dalam 2 kumpulan dan berkumpul semula di KL Sentral bagi jamuan kecil sambil membincangkan hasil lawatan. Kesimpulannya, lawatan pada 13hb April merupakan suatu kejayaan. Tahniah kepada semua ahli yang terlibat kerana telah memainkan peranan masing-masing dengan amat baik dan mesra.


Disediakan oleh,

NOR ATEEKA MOHAMAD KHAMIS

Saturday, April 12, 2008

brief briefing.

Utk yg pegi esk,

Kita akan b'kumpul kat KTM Klang pkl 10pg.
plg lmbt, dlm 10.45 pg kite smpi kat rmh tu.

Hisyam akn drive kite gi sana.
(ok sume, jgn lupa amik insurans)
balik pun mcm tu gak.

Makan tgh hari, syg nye x dpt dimasak oleh chef yg b'tugas. jd kite mkn je la kat luar.

ikut plan, kite kene balik dalam pukul 1.00.
amat digalakkan utk bwk gam, gunting, kertas warna, pen, pensel warna, keratan komik dan alat2 tulis yg rasanya diperlukan. segala inisiatif x kan direject dan atas tanggungjawab b'sama.

Sekian,

Assalamualaikum.

Tuesday, April 8, 2008

Finding da right track.

Cara untuk pergi ke Rumah Anak Yatim al-Khairiyah, Sungai Pinang, Klang.

1) Melalui KTM ataupun bas ke Klang.
2) Dari Klang, naik bas yang menuju ke Kapar.
3) Turun dari bas apabila sudah sampai di sebuah masjid berwarna hijau+putih. (masjid yg pertama ditemui sepanjang perjalanan)
4) Rumah Anak Yatim dan Miskin al-Khairiyah terletak di sebelah, bahagian dalam masjid tersebut.

Kalau ada yang nak pergi sendiri
atau masih was-was dengan instruction ni, boleh contact aku, k.

Another Visit to al-Khairiyah.

Dear Friends,

We are going to have a visit to an orphanage,
Rumah Anak Yatim dan Miskin al-Khairiyah
this Sunday (13/04/08).

Mereka yang berminat untuk join sekali,
amatlah dialu-alukan. Dan janganlah malu-malu mahupun segan-segan
Dipersilakan dengan penuh harapan bg melebarkan impian.

Misi:

  1. Get close dgn bdk2 menengah kat sana.
  2. Tolong diorg mana yg blh, dlm blaja.
Untuk yg blm tau, ni bkn kali lawatan kali pertama ke situ.
dan kumpulan ni sudah mendapat pengiktirafan utk b'gerak secara rasmi.

To join,
Contact the AJKs,
or me, DhiyauddinAthir/Roy/Lajnah/Diod:Hp-0132237578 (aku x de fon rumah)
ym and fs- dhiyauddinathir52@yahoo.com

Wednesday, April 2, 2008

going to the orphanage

so, dis weekend, sunday.. kalo sesape berminat nk g orphanage, bole call diyau... please inform him..
i will post the programmes that will be held that day...
coming soon..